Monday, 5 May 2014

Demam oh demam

Tiga hari lalu aku demam teruk. Seluruh badan menggigil. Baring terkulai layu..
Sakit kepala ni tuhan saja yang tahu. Namun aku redha. Pasti ada hikmah, aku terima ujian ini. Memang seumur hidup pun aku selalu demam. Mungkin kali ini berbeza sikit kerana sejak melahirkan bayi pertama, aku tak pernah demam teruk dah.

Demam setelah bergelar ibu ni lain macam sikit. Lenguhnya kaki mcm nak tercabut, kebasnya tangan, sakit leher, sakit kepala mcm nak pecah..perut pulak gastric. Mana tak nya, makan saja muntah. Makan biskut satu pun muntah..Bila aku menangis baby mateen akan dtg usap2 kepalaku, mungkin dia tiru perlakuan abahnya. Sekali sekala dia dtg menyuapkan kismis, m&m, jeli, biskut tiger. Walau tak dapat nak buka mulut sangat, namun ku gagahi jugak.Kesian pulak dekat dia, selalu main dengan ibu, bila ibu sakit, dia tengok tv saja.namun aku percaya setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpakan kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Aku nantikan hadiah menarik dari mu ya Allah.

Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata:
"Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Ya allah besarnya kekuasaan mu Ya Allah.

Thursday, 7 March 2013

Penat namun ada hikmahnya

Sejak 2 3 bulan ini ashik dok menubuhkan jaringan2 sumber untuk berniaga namun hasilnya amatlah tak memberansangkan. Nama untuk business yg aku dambakan tak membuahkan hasil. Banyak link2 yang tak nak terima nama interior2u itu sebab ada angka 2. Dan akhirnya aku berjaya buat semula yang baru bernama shueshaari.interior. kerja berbulan2 dapat disiapkan dalam masa 2 jam saja hikmah kegagalan ku yang lalu. Segalanya aku dapat isi dgn pantas. Hihihi. Maka pada mlm ni terujudlah satu company design baru yang manjadi asas untuk aku usahakan. Banyak lagi yang perlu aku pelajari. Semoga dipermudahkan rezeki ku. Inshaallah.

Monday, 4 March 2013

Seribu langkah bermula dengan satu langkah.

Meniti hari mengenangkan detik2 pertama anakku menggerakkan tubuhnya sedikit demi sedikit, kuat berusaha anak mama ni, jatuh, terhantuk, dan tersembam ke lantai namun tak jemu bangun semula gelak2 nak berjalan. Subhanallah, banyak pengajaran aku dapat dan membuatkan aku rasa lebih kuat nak bangun semula dengan cara yang berbeza dari dulu sebagai wanita bekerjaya kepada suri rumah yang berjaya. Hidup kita, kita rancang, kita jayakan, kita jatuh kita bangun kita berusaha lagi. Seperti bayi yang baru nak lahir. Selebihnya kita pasrah pada ketetapan ilahi.

Hari ni nak start buat design sebagai contoh2, than nak jual. Hidup ini bosan kalo tak diisi, seperti bak kata ustazah Muhaya, kalau kita tak isi masa2 terluang kita dengan ilmu dan aktiviti bermanfaat, iblis akan masuk mengisinya dengan aktiviti2 yang bernafsu jahat. So aku azam nak berhidmat sebagai free consultant lah untuk mokcik mok cik pok cik pok cik pencen yang ada duit lebih nak buat design cabinet baru. Aku cas murah2 RM50 RM80 sudah untuk satu cabinet, so that dapat design dengan detail drawing tu dieorng boleh cari tukang buat terus. Memang selama ni dieorng cari tukang saja, tapi end up cabinet 10 rumah sepesen ja lah cabinet dapur dieorng. So im doing my best to help them beautifies their interior living space.

Design feature wall dan wardrobe aka almari baju melekat dekat diding ni baru glamour area2 daerah kecik ni. agak susah nak buka mata mereka untuk buat. Isunya susah nak pindah randah, sayang almari,walaupun banyak kebaikkan builin in sebenarnya. Cuba pembaca bayangkan, kalau rumah yang disewakan bersama buildin cabinet sure harga sewa dapat dinaikkan dan kalau harga mahal sikit pasti orang yang menyewa tu family atau cikgu2 yang berduit dan akan jaga rumah anda dgn baik. Lagi satu almari build in ni kan kemas and lipas tak masuk.hihihi.. makanya target aku untuk wardrobe dan feature wall builin cabinet ni untuk orang2 muda yang baru beli rumah dan baru nak start hidup tak banyak loose furniture lagi.

Ok start buat design shue!!..

Friday, 1 February 2013

:-) 1st post

Hi,
Ini bukan blog pertama ku, yg dulu telah lupus dik zaman.hihihi, aku namakan blog ni mizzshue sebab nama ini memang dah synonym dgn nick name nick name aku sebelum ni.blog ni tercipta bukan sebab boring tapi sebab teringin nk ada blog. Bukan apa blog ni untuk org rajin ja sebenarnya,Ramai org ada blog tapi aku tak tahu menahu pun blog ni apa funsinya. Aku tekat berhenti kerja sejak tengok video pengasuh pukul bayi dan tgk depan mata aku sendiri pembantu sepak budak di salah sebuah butik pakaian. Mungkin naluri keibuanku agak mengada-ngada dengan baby 1st kot. Memandangkan duit syiling suami ada lebih, so aku pun berhenti kerja.  Lebih kurang 2 bulan duduk rumah jaga baby comel aku ni kepala otak non stop fikir bisnes je. Suami bagi galakkan sepenuhnya termasuk modal, bukan apa, punya lah dia takut aku bosan.Ragam aku ni kalo bosan mula la fikir bukan2 cari pasal dgn dia, bermain dgn emosi sendiri padahal. Maka disebabkan terlalu banyak tgk tv, org tu jual kek online, org ni baju tudung online, terfikir juga dulu kerja aku design bangunan dan interior rumah, aku nk jual apa. Namun dgn perangai tekat aku tu, akhirnya aku pun cuba-cuba la nk buat blog ni dengan harapan boleh buat bisnes melalui blog ni.